SUMBANGAN bermakna Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Encik Hawazi Daipi, selama empat penggal dihargai aktivis Masjid Khadijah dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) semalam.
Menyusuli pengumuman bahawa beliau akan mengundur diri daripada arena politik, pihak masjid di majlis makan malam tahunannya di Hotel Peninsula Excelsior mengambil peluang keemasan menyanjung budinya itu.