Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aktivis perintis hak wanita Muslim Khatijun Siraj meninggal

Mar 10, 2023 | 05:30 AM



AKTIVIS perintis hak wanita Muslim Singapura, Cik Khatijun Nissa Siraj, meninggal dunia pada malam Selasa. Allahyarhamha berusia 97 tahun.



Allahyarhamha pengasas bersama persatuan Pemuda Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Majlis Kesejahteraan Wanita Muslim, dan kaunselor wanita pertama di Mahkamah Syariah.



Ketika dihubungi Berita Harian pada Rabu, anaknya, Cik Zaibun Siraj, berkata Allahyarhamha sakit sejak November dan kesihatannya merosot sejak kebelakangan ini.



Allahyarhamha, yang tinggal bersama Cik Zaibun, meninggal dunia di rumah.



Cik Zaibun, 75 tahun, seorang pesara, berkata:



"Saya mengingati azamnya membantu orang ramai memperbaiki kehidupan mereka dengan membangkitkan perubahan ketika beliau berjuang mengawal poligami dan menurunkan kadar perceraian.



"Beliau melakukannya dengan penuh dedikasi."



Allahyarhamha meninggalkan tiga anak (tidak termasuk seorang yang telah meninggal dunia), enam cucu dan seorang cicit.



Dalam satu kenyataannya pada Rabu, PPIS berkata pemergian Allahyarhamha satu kehilangan ketara bagi masyarakat dan Singapura, dan ia berharap legasinya akan terus memberi inspirasi kepada pelbagai generasi wanita akan datang.



Pemergian beliau sehari sebelum Hari Wanita Antarangsa pada 8 Mac membawa makna "lebih mendalam" terhadap hari memperkasa wanita itu sebagai penghargaan kepada semangat dan dedikasinya menerajui hak wanita Muslim di sini, ujar PPIS.



Menyebut Allahyarhamha dengan nama gelarannya 'mummy', Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim, berkata: "Mummy seorang perintis penuh visi yang telah membuka laluan bagi pelbagai generasi wanita Muslim di Singapura.



"Beliau seorang suri teladan yang komitmennya terhadap menerajui isu kaum hawa memang amat dicontohi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >