SERAMAI 800 penduduk mengambil bahagian dalam acara berjalan kaki beramai-ramai, 'Walk for Water,' yang telah dianjurkan Divisyen Geylang Serai dan PUB semalam sempena Hari Air Sedunia.
Mereka mengelilingi Sungai Geylang sambil membersihkan kawasan itu dan mengambil bahagian dalam aktiviti lain termasuk pertandingan idea inovatif bagi menjimatkan air.