NASKHAH Al-Quran berusia 147 tahun dan merupakan antara yang terawal pernah diterbitkan di Singapura kini dipamerkan buat julung-julung kalinya dalam pameran selama tujuh bulan di Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) bagi menyusuri sejarah dan warisan Singapura.
Al-Quran yang dicetak di Kampong Glam pada 1869 dan menggunakan salah sebuah mesin cetak terawal di Singapura itu adalah sumbangan antara penderma utama NLB, Profesor Madya Dr Farish A. Noor daripada Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).