Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alami Musa penerima Anugerah Jauhari 2015

Aug 20, 2015 | 12:09 AM



HASIL dedikasinya menabur bakti kepada masyarakat sejak di bangku sekolah serta sumbangannya menggalak perpaduan silang agama, Haji Mohammad Alami Musa ditabal Jauhari masyarakat Melayu/Islam tahun ini.


Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) itu, yang memikul tanggungjawab eksekutif sepenuh masa antara 2003 dengan 2013, menerima anugerah yang disampaikan Berita Harian itu daripada Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Raffles City sebentar tadi.


Anugerah itu mengiktiraf individu atau pertubuhan Melayu/Islam bagi pencapaian cemerlang mereka dalam bidang masing-masing.


Turut disampaikan ialah Anugerah Jauhari Harapan yang mengiktiraf pencapaian dan potensi individu Melayu/Islam berusia 30 tahun ke bawah.


Penerimanya ialah Cik Amalina Ridzuan, 22 tahun, dan Encik Ahmad Abdurrahman Hanifah Marican, 20 tahun, yang menempa sejarah menjadi bekas pelajar madrasah pertama ditawarkan tempat di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura (NUS), baru-baru ini.


Berita Harian turut menyampaikan satu anugerah khas sempena ulang tahun Singapura yang ke-50 (SG50) tahun ini, Anugerah Jauhari Perintis, bagi mengiktiraf sumbangan tiga warga perintis dalam bidang bahasa, seni dan agama - tiga bidang penting bagi pembangunan masyarakat Melayu/Islam setempat.


Penerimanya ialah budayawan dan sasterawan Melayu, Dr Muhammad Ariff Ahmad; mantan Mufti, Sheikh Syed Isa Semait; dan pelukis batik tersohor; Encik Sarkasi Said.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >