Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alat hawa dingin perlu ada dua tanda jimat tenaga mulai September 2016

Oct 21, 2015 | 11:47 AM



SEMUA alat hawa dingin yang diimport ke sini perlu mempunyai penjimatan tenaga yang lebih tinggi mulai September tahun depan, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).


Buat masa sekarang, alat hawa dingin yang diimport perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda jimat tenaga dalam skim wajib melabel tenaga NEA.


Skim tersebut mengukur penjimatan tenaga bagi peralatan elektrikal rumah yang biasa.


Namun mulai 1 September tahun depan semua model alat hawa dingin mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua tanda jimat tenaga, kata NEA dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Rabu.


Langkah tersebut merupakan sebahagian usaha NEA untuk meningkatkan piawaian prestasi tenaga peralatan rumah.


Ia dijangka membolehkan isi keluarga melakukan penjimatan sehingga $100 dalam bil elektrik setiap tahun.


Berdasarkan tinjauan NEA yang dijalankan pada 2012, alat hawa dingin yang digunakan di rumah merangkumi sehingga 36.7 peratus pengunaan tenaga elektrik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >