Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alias Kadir selepas dipotong kaki

Aug 26, 2017 | 05:30 AM



IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga, pelawak Alias Kadir, 54 tahun, yang baru menjalani pembedahan memotong kaki kirinya akibat kencing manis kini menghidap masalah paru-paru berair pula.



Biarpun masih rancak berbual, beliau kelihatan cepat lelah semasa akhbar ini mengunjungi beliau di rumahnya di kawasan Boon Lay Drive kelmarin.



Sambil duduk di kerusi roda dengan kaki kirinya masih berbalut, Alias berkata:



"Pembedahan kaki sudah selamat dijalankan dan kaki juga sudah tidak sakit. Saya cuma perlu ulang-alik hospital bagi menukar 'dressing' (pembalut) sekarang.



"Cuma, tenaga saya kurang baik sikit sekarang kerana ada masalah paru-paru berair."



Keadaan Alias itu dilaporkan Berita Harian (BH) baru-baru ini.



Sebelum kaki kirinya dipotong, dua jari di kakinya yang sama juga dipotong akibat jangkitan yang dialami gara-gara kencing manis.



Menurut Alias, akibat masalah paru-paru berair, beliau disarankan doktor supaya tidak meminum melebihi 800 mililiter sukatan air setiap hari.



Katanya lagi, akibat rasa kurang sedap badan, beliau secara automatik juga sudah kurang makan sekarang.



Selain menjaga pemakanan termasuk mengurangkan masakan bergoreng dan manis, Alias berkata beliau menjalani terapi dan senaman bagi menguatkan badannya.



Laporan lanjut: Alias berfikiran positif, sesuaikan diri



Ikuti rakaman video di BH.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >