Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aligator albino ditemui dalam bagasi lelaki sebelum penerbangan Munich-S'pura

Oct 26, 2022 | 05:30 AM



SEMASA memeriksa bagasi seorang lelaki yang dalam perjalanan dari Jerman ke Singapura, pegawai keselamatan di Lapangan Terbang Munich ternampak imej luar biasa pada pengimbas X-ray.



Dengan segera mereka memaklumkan pegawai kastam, yang membuka beg lelaki itu dan menemui seekor aligator albino hidup dibalut dengan plastik pembalut.



Prosiding sedang dimulakan terhadap lelaki berusia 42 tahun itu atas dakwaan kesalahan tersebut, yang berlaku pada 25 September, kata pejabat utama Kastam Munich pada 13 Oktober.



Selepas aligator itu ditemui, pegawai kastam dan seorang doktor haiwan membebaskannya. Ia menerima rawatan dan kini disimpan dan dijaga di sebuah tempat perlindungan reptilia.



Jurucakap pejabat penyiasatan Kastam Munich, yang menyiasat kes itu, memberitahu akhbar The Straits Times destinasi terakhir lelaki berkenaan ialah Singapura. Menurut laporan media, dia rakyat Amerika Syarikat.



Ketika ditanya apakah pejabat Kastam Munich mengetahui rancangan lelaki itu di Singapura, dan apakah sesiapa di sini telah ditangkap berkaitan kes itu, jurucakap tersaebut berkata:



"Menurut siasatan setakat ini, tidak ada maklumat mengenai rancangan menyeludup aligator itu ke Singapura. Tambahan lagi, tiada maklumat mengenai kemungkinan ada pesalah di Singapura. Siasatan akan diteruskan."



Cik Anbarasi Boopal, timbalan ketua eksekutif Persatuan Keprihatinan, Kajian dan Pendidikan Haiwan (Acres), berkata haiwan jarang ditemui seperti aligator albino diseludup kerana ia boleh mencapai harga tinggi.



Menurut beliau, berdasarkan laporan, aligator albino itu boleh mencapai harga $20,000 hingga $2 juta di pasaran.



"Hakikat menyedihkan perdagangan hidupan liar haram ialah semakin jarang haiwan itu ditemui, semakin tinggi pulangan bagi penyeludup, dan akibatnya ia menyebabkan haiwan itu lebih hampir kepada kepupusan," katanya.



Haiwan liar tidak dibenarkan dipelihara di sini kerana risiko seperti kemungkinan ia membawa penyakit dan ancaman yang ditimbulkannya kepada biodiversiti asli Singapura jika dilepaskan di alam liar.



Dr Adrian Loo, pengarah kumpulan pengurusan hidupan liar di Lembaga Taman Negara (NParks), berkata lembaga itu mengawal dan memantau pasaran fizikal dan dalam talian.



NParks juga menjalankan serbuan dan bekerjasama dengan agensi rakan kongsi untuk memeriksa dan mengimbas penghantaran dan orang yang melalui pusat pemeriksaan Singapura.



Menurutny, serbuan dilakukan September lalu ke atas lapan orang yang disyaki menjual spesies hidupan liar melalui platform media sosial seperti Telegram.



Lebih 50 spesimen hidupan liar dirampas - termasuk spesies seperti iguana hijau, tokek harimau bintang, axolotl (sejenis salamander), kala jengking dan tarantula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >