Pencinta seni teater, tari dan muzik, baik tradisional atau moden, berpeluang menikmati warna-warni Pesta Raya yang masuk edisi ke-17, tahun ini. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) meninjau kelainan yang cuba disuntik pusat seni gemilang, Esplanade - Teater Di Pesisiran, dalam menyemarakkan kemeriahan acara buat sajian seisi keluarga ini.
LULUSAN Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Teater Muzikal dari Maktab Seni Lasalle, Siti Maznah Mustaffa, lebih terdedah kepada pementasan Inggeris.