Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alu-alu usaha tingkat kemahiran guru prasekolah

Sektor prasekolah telah diutarakan sebagai satu daripada tiga tumpuan penting yang ditekankan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan. BERITA HARIAN meninjau apakah antara kegiatan menarik yang dilakukan Tadika Kementerian Pendidikan (MOE) dan mendapatkan pandangan guru dan ibu bapa mengenai sektor ini.
Aug 28, 2017 | 05:30 AM



SEBAGAI guru prasekolah, antara cabaran yang dihadapi Cik Norizan Rahmat setiap hari termasuk memahami keadaan emosi dan keupayaan setiap murid di bawah jagaannya dan mencipta pelbagai peluang pembelajaran untuk mereka.



Menurut guru yang mengajar di Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) di Jurong itu, beliau ingin mendampingi setiap muridnya itu sebaik mungkin.



Namun kadangkala, Cik Norizan, 41 tahun, berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk kekurangan bahan serta ruang fizikal bagi menjalankan kegiatan dan program tertentu dengan muridnya serta kekurangan masa bersama mereka setiap hari.



Oleh itu, beliau mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Rapat Hari Kebangsaan baru-baru ini mahu menubuhkan Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC).



Institut itu mempunyai tujuan yang sama seperti Institut Pendidikan Nasional (NIE), tetapi bagi melatih guru dan penjaga prasekolah.



"Saya rasa ia akan memberi banyak manfaat kepada saya sebagai guru prasekolah. Misalnya, saya boleh kembali ke institut itu dari masa ke masa untuk mempertingkat diri dengan perkembangan terkini dalam industri ini.



"Ini akan memberi saya peluang menghasilkan lebih banyak peluang pembelajaran untuk murid saya sementara membina prospek kerjaya saya," katanya.



Sebelum menyertai sektor prasekolah sekitar 15 tahun lalu, Cik Norizan berkata latihan yang beliau ikuti kebanyakannya berbentuk sesi pendek seperti bengkel yang dijalankan pertubuhan tempat beliau bekerja sebelum ini.



Selain itu, beliau belajar daripada guru kanan di prasekolah itu tentang bagaimana menangani kelakuan murid dan menguruskan bilik darjah.



Sepanjang berkhidmat, Cik Norizan turut mempertingkat diri dalam bidang prasekolah dan pendidikan awal kanak-kanak di beberapa institusi berbeza termasuk Pusat Pendidikan Advent Links-SAUC dan Politeknik Ngee Ann (NP).



Oleh itu, dengan latihan di NIEC, beliau yakin ia akan merangsang semangat guru dan memberi lebih pengiktirafan kepada sektor pendidikan awal kanak-kanak di Singapura.



Tambahnya, ia juga boleh mendorong guru baru agar terus kekal dalam industri itu dan ini akan memberi manfaat kepada murid serta membina keyakinan diri mereka kerana mereka akan dibimbing oleh penjaga dan guru yang konsisten.



Sekarang ini, PPIS - yang mempunyai enam pusat pendidikan awal kanak-kanak - memberi sokongan kepada gurunya antara lain dengan menghantar mereka bagi menghadiri pelbagai latihan secara kerap, termasuk bagi kursus Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) anjuran Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (Ecda).



PPIS kini mempunyai hampir 600 kanak-kanak yang berusia antara dua bulan dengan enam tahun di bawah jagaannya, dan sekitar 80 guru prasekolah yang terlatih dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >