Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amah dipenjara 12 bulan kerana cederakan ibu majikan

Jan 21, 2015 | 05:53 PM



SEORANG pembantu rumah yang melepaskan geram terhadap ibu majikannya yang sudah tua dengan mencederakannya lebih 20 kali telah dipenjara 12 bulan hari ini, Rabu.


Sulastri Sakiran Sumadi, 37 tahun, telah menyimpan dendam terhadap majikannya kerana satu pertelingkahan pada Februari tahun lalu.


Namun daripada menghuraikannya dengan majikannya, Cik Marlene Poh Geok Hee, 51 tahun, Sulastri melepaskan marahnya terhadap ibu Cik Poh, Cik Madam Tan Lye Hoe, 87 tahun.


Dia menggunakan tangannya atau objek untuk mencederakan Cik Tan sebagai membalas dendam.


Timbalan Pendakwa Raya Nicholas Lai berkata, Sulastri diambil bekerja pada April 2013 untuk melakukan kerja rumah dan menjaga Cik Tan, yang menghidapi beberapa penyakit termasuk Alzheimer.


Beliau juga terlantar sakit di katil.


Antara 17 Mei dengan 21 Jun tahun lalu, Sulastri berkali-kali menyebabkan kecederaan di beberapa bahagian badan mangsa dengan pelbagai cara di rumah majikannya di Dunman Road.


Setiap kali tertuduh mencederakan mangsa, Cik Tan tidak melawan atau menjerit.


Sebaliknya beliau hanya berkata "sakit" dengan perlahan dan meminta maaf kepada pembantunya itu tanpa memngetahui apa yang tertuduh lakukan terhadapnya.


Namun tanpa pengetahuan pembantu itu, perbuatan menyebabkan kecederaan secara sengaja itu telah dirakam oleh kamera CCTV yang dipasang dalam bilik mangsa.


Mahkamah diberitahu tertuduh memukul bahu mangsa dengan tangan sebanyak tiga kali pada 13 Jun, menggunakan bantal untuk memukul muka mangsa dan menggunakan sikat untuk memukul kepala mangsa.


Pada 20 Jun, dia menggunakan tong sampah untuk memukul kaki mangsa dan menggunakan tuala untuk memukul mukanya.


Dia juga memukul mangsa di muka sebanyak tiga kali esoknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >