Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amah ditangkap kerana sembunyikan kelahiran bayinya yang sudah mati

Oct 20, 2015 | 06:38 PM



SEORANG pembantu rumah telah ditangkap kerana disyaki menyembunyikan kelahiran bayi lelakinya yang sudah mati sebelum menyimpannya dalam sebuah laci di rumah majikannya.


Kejadian itu berlaku di sebuah rumah dua tingkat di Lorong Ong Lye di Serangoon, petang semalam.


Menurut akhbar Shin Min Daily News, pembantu rumah Indonesia berusia 33 tahun itu telah mengadu kepada majikannya bahawa dia sakit.


Dia lalu dibawa ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK untuk menjalani ujian.


Namun doktor mengesyaki pembantu tersebut baru sahaja melahirkan anak.


Apabila disoal lanjut, dia mengaku melahirkan bayi lelaki itu dan menyembunyikannya dalam laci di bilik tingkat dua rumah tersebut.


Jurucakap polis berkata, pihaknya diberitahu tentang kejadian tersebut pada 1.22 petang dan menemui mayat bayi itu dalam laci berkenaan.


Jurucakap itu menambah, amah berkenaan telah ditangkap kerana menyembunyikan kelahiran bayinya dengan membuang mayat bayi tersebut.


Menurut Shin Min lagi, pembantu tersebut telah bekerja dengan keluarga rumah itu selama lebih setahun.


Dia juga dikatakan mempunyai dua anak lelaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >