Amah Indonesia ditahan berkaitan pembunuhan majikan

SEORANG pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun ditahan pada Selasa (7 Jun) malam selepas dia didakwa menikam pasangan yang menggajikannya, menyebabkan si isteri meninggalkan dunia manakala suaminya memerlukan pembedahan bagi kecederaannya.

Jiran-jiran berkata mereka tidak mendengar apa-apa hinggalah ambulans dan kereta polis tiba tempat kejadian, rumah sebandung tiga tingkat di 50C, Lorong H, Telok Kurau, selepas 8 malam.

Lelaki yang ditikam, dipercayai Encik Ong Kian Soon, 57 tahun, akhirnya dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH).

Polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8.48 malam. Apabila pegawai tiba, mereka menemui seorang wanita berusia 59 tahun tidak bergerak di dalam tandas di tingkat dua.

Paramedik mengesahkan beliau telah meninggal dunia pada 9.03 malam.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai pembunuhan dan sedang menyiasat.

Pembantu rumah itu difahamkan menggunakan pisau untuk menyerang majikannya.

Dipercayai bahawa Encik Ong naik ke atas selepas mendengar kekecohan di dalam tandas. Apabila beliau membuka pintu, pembantu rumah itu dikatakan menyerangnya dengan pisau dan satu pergelutan berlaku.

Encik Ong dapat menundukkan pembantu rumah itu, yang dipercayai juga cedera dalam pergelutan.

Tiga rakyat Malaysia yang sedang lalu di situ berkata mereka mendengar suara seorang lelaki meminta tolong dan melihat beliau berlari ke arah pintu pagar sambil memegang pembantu rumah itu.

Beliau mempunyai dua luka di leher. Ketiga-tiga mereka, yang enggan nama mereka disiarkan, berkata mereka membantu menahan pembantu rumah tersebut.

Pada 11 malam, rumah itu dan jalan di depannya dikepung.

Di CGH, seorang jururawat memberitahu ahli keluarga bahawa Encik Ong terpaksa menjalani pembedahan, dan beliau "kehilangan banyak darah".

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 63
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.