Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amah susut badan 20 kg akibat dianiaya majikan suami isteri

Mar 06, 2014 | 05:48 PM



PASANGAN suami isteri yang menghadapi sembilan tuduhan menganiaya pembantu rumahnya mengaku bersalah atas perbuatan mereka hari ini.


Nuraini Hassan dan Mohamad Al-Hafiz Nordin mengaku salah atas perbuatan mendera amah tersebut, Cik Yulianti, hingga berat badan pembantu Indonesia itu merosot sebanyak 20 kilogram ketika beliau melarikan diri dari flat majikannya itu.


Penganiyaan itu berlaku dalam tempoh enam bulan dari Februari 2012 hingga awal Ogos tahun tersebut.


Tidak tahan dengan penderaan tersebut, pembantu berusia 34 tahun itu memanjat keluar flat tingkat tiga majikannya di Punggol sebelum melompat turun dari tingkat dua.


Nuraini, yang kini berbadan dua, mengaku bersalah atas empat tuduhan sementara Mohamad Al-Hafiz mengaku salah atas dua dakwaan.


Kededuanya berusia 30 tahun dan mempunyai dua anak kecil.


Mahkamah diberitahu Nuraini telah menumbuk, menampar, menendang dan mencakar mangsa, manakala suaminya menampar dan memukulnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >