SEORANG pembantu rumah yang mencerut anak majikannya berusia 16 tahun dengan baju pinafor remaja itu semasa beliau tidur dijatuhi hukuman penjara 12 tahun semalam.
Pembantu rumah warga Indonesia itu, Tuti Aeliyah, 30 tahun, mengaku salah di Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengakibatkan kematian Allahyarhamha Shameera Basha Noor Basha, pelajar menengah empat Sekolah Perempuan Tanjong Katong, pada 14 November 2013.