Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amaran HSA: Jangan beli 18 barangan kosmetik

Produk bukan hanya tidak didaftarkan, malah mengandungi kandungan raksa 27,000 kali lebih tinggi dari tahap yang dibenarkan
Apr 21, 2018 | 05:30 AM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah mengeluarkan amaran bagi mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan 18 produk kosmetik yang mengandungi bahan yang tidak diisytiharkan, termasuk jumlah raksa (mercury) yang tinggi.



Menerusi satu kenyataan semalam, HSA berkata tahap raksa dalam beberapa produk itu adalah 27,000 kali lebih tinggi daripada tahap yang dibenarkan.



Produk-produk tersebut antara lain berjenama Balleza dan Brilliant.



Bahan lain yang ditemui dalam produk itu termasuk hydroquinone dan tretinoin, yang boleh menyebabkan kesan sampingan serius.



Senarai produk dalam kenyataan HSA itu termasuk krim malam, rawatan antijerawat, krim pemutih dan toner muka.



Menurut akhbar The Straits Times, barang itu dijual di beberapa kedai dan menerusi dalam talian. Ia juga dipasarkan dengan dakwaan ia berupaya memperbaiki kulit muka penggunanya.



HSA berkata, mereka telah mengarahkan agar produk yang terjejas itu dipanggil balik dari kedai yang menjualnya.



Sementara itu, pentadbir wadah dalam talian yang memasarkan produk itu turut diarah mengeluarkannya daripada senarai mereka.



Menurut HSA, raksa yang merupakan sejenis logam berat toksik dilarang digunakan sebagai bahan dalam produk kosmetik.



Kalau krim yang mengandungi raksa digunakan secara kerap, ia boleh menyebabkan ruam serta kulit yang berubah warna dan bertompok.



Kalau didedahkan kepada jumlah raksa yang banyak dalam produk kosmetik bagi jangka masa panjang pula, ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius termasuk kerosakan ginjal serta sistem penghadaman dan saraf.



Menurut HSA juga, hydroquinone dan tretinoin biasanya digunakan dalam ubat preskripsi Barat bagi rawatan penyakit kulit dan dilarang digunakan dalam produk kosmetik untuk penjagaan kulit.



Sekiranya tidak digunakan dengan sewajarnya, hydroquinone boleh menyebabkan perubahan warna kulit dan kesan sampingan termasuk ruam, kemerahan kulit dan sebagainya.



Dalam kenyataan itu juga, HSA turut menasihatkan pengguna yang mempunyai antara 18 produk kosmetik itu untuk segera berhenti menggunakannya dan membuangnya.



Mereka yang mengalami kesan sampingan pula harus berjumpa dengan doktor.



HSA turut mengingatkan orang ramai untuk berjaga-jaga semasa membeli produk kosmetik menerusi dalam talian atau daripada sumber yang tidak pasti, meskipun ia telah disarankan oleh saudara atau teman-teman.



HSA turut memberi amaran kepada mereka yang menjual atau membekalkan produk kosmetik yang terjejas itu untuk segera berhenti melakukan demikian.



Sesiapa yang didapati bersalah membekalkan produk kesihatan yang terlarang boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga $100,000 atau keduaduanya sekali.




Antara barangan kosmetik dilarang HSA



  • Balleza SKINCARE Night Cream

  • Balleza SKINCARE Treatment

  • Brilliant Skin Essentials Rejuvenating Cream Exfoliant Cream

  • Brilliant Skin Essentials Rejuvenating Facial Toner Exfoliant Toner

  • Brilliant Skin Essentials Whitening Cream 10g

  • Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Toner

  • droplets of Nature. Rejuvenating Cream Lift & Correct 10g




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >