Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ambil kesempatan tukar ringgit

Dec 04, 2014 | 02:57 PM



BEBERAPA warga setempat yang biasa berbelanja di Malaysia telah mengambil kesempatan untuk menukar lebih banyak dolar ke ringgit (RM) untuk digunakan dalam masa terdekat dan pada masa akan datang.


Ini selepas RM jatuh ke paras terendah berbanding dolar Singapura awal minggu ini.


Antara mereka ialah pegawai pentadbiran, Cik Zubaidah Osman, yang menukar $400 bagi mendapatkan sekitar RM1,000.


Beliau akan menggunakannya untuk berbelanja di Johor dalam bulan-bulan akan datang.


"Saya merancang menggunakan sebahagian RM untuk membayar tukang jahit di Pasar Larkin yang saya upah menjahit baju saya. Sebahagian lagi saya akan gunakan untuk membeli barang dapur," kata Cik Zubaidah, 53 tahun, yang berbelanja di Johor sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.


"Terlanjur kadar tukaran dolar ke RM bagus kali ini, saya tukar lebih sedikit. Kalau ada baki saya akan simpan sahaja di rumah. Jadi bila-bila nak pergi Johor lagi saya ada duit RM," tambahnya.


Isnin lalu, nilai RM jatuh ke paras paling rendah dalam 10 bulan berbanding dolar Singapura dengan kadar tukaran $1 bagi RM2.63 berbanding RM2.57 minggu lalu.


Namun, kadar tukaran tertinggi yang diberi pengurup sejauh ini tidak melebihi RM2.585 bagi $1.


Ini kerana pengurup perlu menambah stok RM terlebih dahulu sebelum perlahan-lahan menaikkan kadar tukaran ke RM2.63 bagi $1.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >