Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amerika beri penghormatan kepada mendiang Lee

Mar 23, 2015 | 11:19 AM



PRESIDEN Amerika Syarikat Encik Barack Obama menganggap mendiang Encik Lee Kuan Yew sebagai seseorang yang bervisi dan 'seorang bersejarah besar yang sebenar'.


Ini selepas permergian Perdana Menteri pertama Singapura itu pada usia 91 tahun.


"Seseorang yang bervisi yang memimpin negaranya ke arah kemerdekaan pada 1965 menjadi salah sebuah negara paling makmur di dunia hari ini, beliau merupakan seorang kakitangan awam yang berdedikasi serta pemimpin cemerlang," kata Encik Obama dalam satu penghormatan seperti yang dipetik agensi AFP.


Dalam kenyataannya beliau menambah:


"Secara peribadi saya sendiri menghargai kebijaksanaannya, termasuk perbincangan kami ketika lawatan saya ke Singapura pada 2009, yang amat penting dalam menggubal dasar kami untuk mengimbangi semula Asia Pasifik.


"Beliau ternyata seorang bersejarah besar yang sebenar yang akan diingati bagi generasi akan datang sebagai bapa Singapura moden dan sebagai salah seorang ahli strategi hal ehwal Asia," kata beliau.


Sementara itu mantan Presiden Amerika Syarikat Encik George W. Bush dan bapanya Encik George H. W. Bush turut mengalukan peranan penting Encik Lee dalam sejarah Singapura.


"Bapa Singapura hari ini telah mengubah negaranya dan membantu rantau Asean menjadi era moden."


"Negara yang beliau tinggalkan merupakan sebuah pengaruh besar kestabilan dan kemakmuran serta sahabat kepada Amerika Syarikat," kata George W. Bush dalam satu kenyataan.


Dalam satu kenyataan berasingan, Encik George H. W. Bush pula dipetik sebagai berkata:


"Saya sentiasa berasa bangga bahawa (mendiang) Encik Lee Kuan Lew adalah sahabat saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >