Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amerika tarik balik penggunaan kapal tentera untuk mengesan MH370

Mar 19, 2014 | 02:59 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) hari ini menarik balik sebuah kapal tentera lautnya dalam misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 11 hari lalu.


Menurut Pentagon, keputusan untuk menarik balik kapal USS Kidd dalam misi mencari dan menyelamat itu dibuat berikutan kawasan pencarian yang semakin meluas dan penggunaan pesawat pengawasan adalah lebih praktikal digunakan untuk misi itu, kata pegawai AS dalam satu kenyataan.


Katanya, USS Kidd yang dilengkapi dengan helikopter MH-60 sudah melengkapkan pemeriksaan dengan keluasan 15,000 batu persegi namun tiada sebarang petanda atau serpihan ditemui untuk mengaitkannya dengan pesawat MH370.


Terdahulu, USS Kidd dan sebuah lagi kapal pemusnah AS menyertai usaha mencari MH370 namun tentera laut Amerika dipercayai akan menggunakan pesawat P-8 Poseidon dan P-3 Orion dalam misi itu.


"Dengan kawasan pencarian diperluaskan ke selatan Lautan India, pesawat rondaan jarak jauh seperti P-8A Poseidon dan P-3C Orion adalah lebih sesuai dengan misi ini.


"Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel sudah bercakap dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini, dan Pentagon sudah memaklumkan bahawa AS beriltizam sepenuhnya dalam membantu mencari MH370," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >