Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amos Yee hadapi tiga tuduhan hina Kristian dan mendiang Encik Lee

Mar 31, 2015 | 04:34 PM



SEORANG remaja berusia 16 tahun didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan memuatnaikkan bahan-bahan dalam talian dengan tujuan menghina perasaan penganut Kristian dan mengkritik mendiang Encik Lee Kuan Yew, lapor akhbar The Straits Times.


Amos Yee Pang Sang menghadapi tiga tuduhan yang dilakukan pada Jumaat dan Sabtu lalu.


Remaja yang tidak diwakili itu dituduh menghasilkan klip video mengandungi kenyataan-kenyataan mengkritik agama Kristian dengan tujuan sengaja menghina perasaan penganutnya.


Dia juga dikatakan menyiarkan imej lucah memaparkan mendiang Encik Lee dan Cik Margaret Thatcher, yang merupakan mantan Perdana Menteri Britain.


Tuduhan ketiga melibatkan Yee menghasilkan klip video dalam talian mengandungi kata-kata menghina mendiang Encik Lee.


Satu sidang sebelum perbicaraan ditetapkan pada 17 April ini.


Bapa Yee memberitahu wartawan beliau ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >