Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMP: Satira persendakan agama tiada tempat di Singapura

Jan 19, 2015 | 03:56 PM



ANGKATAN Karyawan Islam (AMP) menghargai langkah yang diambil syarikat percetakan Times Printers untuk tidak mencetak semula karikatur Nabi Muhammad di muka depan majalah satira Charlie Hebdo dalam majalah mingguan The Economist di Singapura.


Dalam satu kenyataan kepada media, Lembaga Pengarah AMP berkata syarikat itu telah mengambil keputusan yang bertanggungjawab bagi melindungi sensitiviti masyarakat setempat.


AMP turut menghargai langkah The Economist membuang gambar tersebut daripada penerbitannya.


Satira seperti yang dipaparkan dan disebarkan Charlie Hebdo, yang mempermainkan bangsa dan agama sebagai dasarnya, tiada tempat di negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Singapura, kata AMP.


"Sebagai badan yang bebas, AMP berpegang kukuh pada kebebasan suara.


"Bagaimanapun, sementara kami menyokong sekitaran yang membolehkan mana-mana individu atau badan bebas berbicara, kami juga menyokong sekitaran yang saling menghormati.


"Kebebasan suara harus dilakukan secara bertanggungjawab dan serangan terhadap individu mahupun kumpulan tertentu tidak harus dilakukan dengan alasan kebebasan suara," kata AMP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >