AMP: S'pura makmur atas usaha Encik Lee

ANGKATAN Karyawan Islam (AMP) dalam kenyataannya berkata badan tersebut amat berdukacita dengan pemergian Mantan Perdana Menteri, Encik Lee Kuan Yew.

Sebagai Perdana Menteri pertama, dan juga pengasas negara moden Singapura, sumbangan beliau dalam menerajui usaha untuk membangunkan negara daripada negara Dunia Ketiga kepada sebuah negara Dunia Pertama sejak 1965 tidak boleh dinafikan atau pun disaingi.

Kejayaan dan pertumbuhan pesat yang dinikmati Singapura hari ini adalah hasil usaha Encik Lee dan juga kecekapan beliau dalam menggubal dasar-dasar penting untuk kemajuan dan pembangunan negara.

Pemergian beliau akan meninggalkan kekosongan dalam arena politik Singapura, tetapi lebih dari itu, dalam hati warga Singapura.

AMP menyampaikan salam takziah kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan juga keluarga Encik Lee pada masa yang sukar ini.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.