AGAMA dan demokrasi merupakan asas bagi keamanan dan sikap toleran, dan boleh membantu mewujudkan satu sekitaran bagi perbahasan yang sihat, kata Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri, Encik Amrin Amin.
Namun, agama dan demokrasi juga boleh diputarbelitkan sehingga menjejas kepelbagaian dalam masyarakat.