Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMPEN ‘DADAH ITU HARAM’

Amrin: Bantuan kepada penagih perlu lebih dari setakat sebar mesej

Jan 18, 2018 | 05:30 AM



MASYARAKAT telah menunjukkan sokongan padu terhadap kempen 'Dadah itu Haram' dan lebih banyak usaha akan digiatkan bagi membanteras gejala dadah.



Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin, berkata beliau mahu pertubuhan Melayu-Islam menghulurkan bantuan kepada yang terjebak, lebih daripada setakat membantu menyebarkan mesej.



Berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penghargaan kepada para sukarelawan dalam kempen 'Dadah itu Haram', Encik Amrin berkata kempen itu telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat.



Selain pertubuhan Melayu- Islam, ia disokong orang biasa, termasuk 'mat motor', tukang gunting, penjual makanan dan sebagainya, kata beliau.



Menurutnya, sekitar 200 kedai makan dan 50 kedai gunting dilibatkan dalam kempen yang dilancarkan pada April 2017 itu.



"Kami melibatkan mereka dalam usaha ini kerana ini adalah usaha masyarakat.



"Ia adalah masalah bersama, cabaran bersama dan kita harus tentangi bersama.



"Saya gembira dengan sokongan menyeluruh ini," kata beliau selepas majlis makan tengah hari di Restoran Mamanda itu, semalam.



Menurut Encik Amrin, beliau akan melibatkan badan Islam memberi pertolongan dan mendampingi mereka yang perlukan pertolongan kepada pesalah, lebih daripada setakat menyebarkan mesej.



"Kami akan melancarkan satu program tentang usaha ini.



"Ini adalah usaha penting kerana tidak cukup sekadar menyatakan dadah itu haram.



"Kita juga perlu memberi pertolongan dan memberi huraian kepada mereka yang telah terjebak dalam masalah. Bentengnya harus kuat. Kita tidak mahu mereka yang berisiko terjejas dalam masalah ini.



"Kita mesti memberi tenaga dengan menambah usaha penjagaan dalaman dan penjagaan lanjut," kata beliau.



Langkah mempergiat usaha itu, jelas Encik Amrin, perlu kerana masalah dadah masih menghantui masyarakat.



"Usaha ini berterusan. Setiap generasi harus memahami isu ini.



"Kita harus terus aktif dalam cara pendekatan dan menyampaikan mesej supaya ia tetap relevan bagi generasi muda dan cara mereka menerima infomasi," ujar beliau.



Mengenai sokongan yang diterima, Encik Amrin berkata masyarakat telah menyahut cabaran, mendengar dan menunjukkan sikap sangat prihatin.



"Mereka menunjukkan mereka juga mencari ruang menyumbang terhadap usaha ini.



"Kesannya mendalam dan menyeluruh," kata beliau.



Kempen itu diterajui Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dan disokong badan-badan Melayu-Islam.



Inisiatif itu, yang mendapat sokong Biro Narkotik Pusat (CNB), bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai bahaya dadah, punca ketagihan, cara mengelakkan daripada terjerumus dalam gejala tersebut, serta pandangan Islam mengenai dadah.



Kempen itu dilancarkan Encik Amrin di Masjid Sultan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >