Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amrin: Cari huraian cabaran kini berdasar masa silam

Mar 28, 2016 | 05:30 AM



MASYARAKAT boleh belajar daripada masa silam bagi mencari huraian terhadap cabaran masa kini dan pada masa akan datang, kata Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin.



Generasi lebih muda, misalnya mungkin tidak kenal pengalaman serta cabaran yang dilalui generasi sebelum ini pada tahap awal pembangunan negara termasuk rusuhan kaum dan pencatuan air.



"Namun, kita harus ingatkan mereka (generasi muda) bahawa walaupun pemerintah dapat menangani dan mengatasi cabaran itu, ia tidak terus hilang serta-merta dan tetap ada, jadi kita harus memupuk persefahaman ini," kata Encik Amrin.



Beliau turut memberi contoh kepelbagaian yang bukan konsep baru bagi masyarakat Melayu/Islam setempat dan telah lama wujud tetapi dengan wadah baru seperti Internet, perbezaan yang ada itu kini lebih ketara.



Perbezaan cita rasa, harapan dan aspirasi setiap generasi juga bermakna hubungan antara pemerintah dengan masyarakat tidak statik dan akan sentiasa berubah, kata Encik Amrin.



Namun, beliau gembira hubungan itu kekal teguh saban tahun dengan kepercayaan yang kukuh antara pemerintah dengan penduduk.



Encik Amrin berkata demikian semasa satu sesi perbincangan meja bundar anjuran Berita Harian baru-baru ini yang antara lain membincangkan cabaran yang dihadapi masyarakat serta hubungan antara pemerintah dengan masyarakat.



Sementara peserta sesi perbincangan itu akur bahawa sedang masyarakat digalak menyuarakan idea alternatif, mereka tidak harus bersikap sombong dengan menganggap pandangan mereka sahaja yang terbaik sedangkan masalah sama itu telah difikirkan pemimpin dan masyarakat pada masa lalu.



Salah seorang peserta sesi perbincangan itu, Zamil Institut Iseas-Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, turut menggesa masyarakat mengenal sejarah dan akur bahawa setiap dasar dan institusi yang wujud di negara ini adalah hasil pemikiran dan perbahasan generasi sebelum ini.



"Contohnya mengapa ada Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di sini? Ada yang kadang-kadang rasa marah dan katakan (institusi) itu harus dibuang sahaja.



"Tapi kita harus melihat kesan sejarahnya. Misalnya, Amla hasil perbincangan semasa zaman kolonial dan mempunyai manfaatnya.



"Ia boleh berubah dan saya percaya pada perubahan secara sedikit dan sederhana tapi kita harus kenal sejarah dahulu," ujar Dr Norshahril.



Beliau turut mengajak masyarakat memikirkan tentang kemajuan namun jangan lupa pada sejarah.



Sesi perbincangan tersebut turut menampilkan pandangan golongan muda termasuk dua karyawan muda - Encik Mohamed Khairul Anwar Mohamed Abdul Alim, 31 tahun, dan Cik Siti Nuraisha Ahmad Tarmizi, 33 tahun - serta mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS), Encik Abdul Hakeem Mohd Yunos, 24 tahun, yang membincangkan aspirasi dan harapan mereka serta pelbagai sumber maklumat yang boleh didapatkan belia dengan mudah hari ini, lebih-lebih lagi dengan kemudahan teknologi.



Laporan lanjut: Kepelbagaian, peranan pemerintah dan masyarakat topik perbincangan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >