KELUARGA daripada latar belakang yang kurang berkemampuan serta mereka yang lanjut usia tidak akan ketinggalan dalam meraih sokongan perubatan yang baik di sini, tekan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin.
Menurutnya, pemerintah amat prihatin terhadap keperluan golongan ini dan pelbagai inisiatif telah diperkenalkan untuk memastikan mereka tidak terkecuali dan dibantu membiayai kos perubatan yang kian meningkat.