GOLONGAN karyawan muda serta golongan pelajar yang menjejak kaki ke alam pekerjaan menghadapi pelbagai cabaran terutama saingan daripada bakat dari dalam dan luar negara bagi merebut pekerjaan nilai tinggi.
Justeru, Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri) Encik Amrin Amin menekankan peri penting usaha pembangunan profesional yang menggembleng tenaga dan kepakaran golongan karyawan demi membantu generasi muda mengharungi cabaran profesional.