APABILA krisis melanda di negara ini, termasuk jika berlaku serangan pengganas, masyarakat boleh memanfaatkan teknologi dan media sosial bagi menunjukkan pendirian tegas menentang pengganasan dan menenangkan anggota masyarakat lain.
Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin, berkata demikian kepada Berita Minggu semasa menghadiri Latihan Respons Terhadap Krisis (CRX) GRC Sembawang di Kelab Masyarakat Sembawang semalam.