SEMENTARA kehadiran pegawai keselamatan dapat memberi keyakinan kepada orang ramai, Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri, Encik Amrin Amin, berkata usaha menjaga keselamatan negara ini merupakan tanggungjawab segenap lapisan masyarakat.
"Pegawai kami telah menjalani latihan dan bersedia menangani krisis... tetapi banyak yang boleh kita lakukan bersama kerana ia bukan sahaja peranan pegawai polis atau tentera atau agensi keselamatan.