Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Anak angkat yang bakal berkahwin gigih cari keluarga kandung

Jun 19, 2016 | 05:30 AM



CIK Aida Ismail tidak sempat merasa kasih sayang ibu bapa kandungnya sejak beliau dilahirkan.



Hanya dua atau tiga hari setelah beliau melihat dunia, beliau menjadi anak yatim piatu.



Ibu bapanya terkorban dalam satu kemalangan trafik semasa dalam perjalanan ke hospital bagi menemui beliau yang sakit demam kuning. Mereka meninggalkan beliau buat selama-lamanya.



Nenek Cik Aida kemudian menyerahkan beliau kepada pasangan lain yang mengambilnya sebagai anak angkat.



Namun, belum puas beliau merasakan kasih sayang ibu angkatnya, malang menimpa Cik Aida sekali lagi.



Ibu angkatnya yang beliau amat cintai dan rapat sekali meninggal dunia semasa beliau berusia empat tahun akibat barah pangkal rahim.



Disebabkan nenek yang menyerahkan beliau kepada keluarga angkatnya itu juga meninggal dunia semasa beliau kecil, beliau dibesarkan tanpa mengenali keluarga kandung sendiri.



Namun dua tahun lalu, Cik Aida bertanyakan soalan yang terpendam dalam benak fikirannya sejak bertahun lamanya kepada bapa angkatnya, Encik Ismail Abdul Hamid - apakah beliau seorang anak angkat?



"Saya tidak begitu terkejut yang saya anak angkat kerana sudah menekanya sejak kecil. Cuma cerita sebenarnya saya terkejut sikit kerana selama ini saya ingat saya anak angkat kerana ibu bapa saya mungkin susah," kata eksekutif komunikasi berusia 28 tahun itu.



Sejak itu, beliau secara diam-diam mula mencari keluarga kandungnya. Namun, sehingga hari ini beliau belum berjaya menemui apa-apa.



"Saya dapat tahu yang nenek saya kenal dengan ibu bapa angkat saya kerana mereka selalu belajar mengaji bersama di Masjid Mujahidin di Queenstown kerana itu tempat kami tinggal dulu di Queens Close.



"Saya cuma diberitahu yang bapa saya seorang berketurunan Arab dan namanya ialah Syed Ali, namun nama keluarganya saya tak tahu," kata beliau.



Bahkan, Cik Aida berkata nama beliau sendiri berbintikan nama bapa angkatnya dalam sijil kelahiran.



Menurut Cik Aida, antara sebab mengapa beliau mahu mencari keluarga kandungnya adalah kerana beliau bakal mendirikan rumah tangga pada November ini.



"Memandangkan saya akan berumah tangga tidak lama lagi, saya risau kerana... nama pada sijil kelahiran saya adalah nama bapa angkat saya. Nak kenal pasti saya sebagai anak siapa, itu yang saya risaukan," kata beliau.



Meskipun dibesarkan ibu bapa angkat, Cik Aida berkata beliau mengikuti ciri kreatif arwah ibu angkatnya, Allahyarhamha Awah Haron.



Tanpa dapat menahan sebak di dada mengenang arwah ibu angkatnya itu, Cik Aida berkata ibu angkatnya itu sangat kreatif dan antara perkara yang beliau pernah lakukan baginya adalah menjahit baju kurung.



"Dia banyak buat benda kreatif seperti jahit baju, jahit langsir. Dia selalu buat baju saya sepasang denganya semasa saya kecil.



"Walaupun saya hanya dapat bersama dengan dia selama empat tahun, kenangan bersama dia masih segar dalam ingatan," kata beliau, berlinangan air mata.



Menceritakan kisahnya membesarkan Cik Aida, Encik Ismail berkata arwah isterinya dihampiri nenek Cik Aida yang bertanyakan sama ada beliau mahu mengambilnya sebagai anak angkat.



Encik Ismail berkata beliau sangat gembira mendengar berita itu, memandangkan mereka tidak ada anak sendiri.



"Saya bercakap dalam hati saya akan jaga dia (Aida) sampai akhir hayat saya," kata pesara berusia 73 tahun itu.



Apabila isterinya meninggal dunia, adik Encik Ismail pindah ke rumahnya untuk menjaga Cik Aida sementara beliau bekerja.



Namun, dua tahun lalu, Cik Aida telah bertanyakan bapa angkatnya itu tentang perkara yang sebenar.



"Waktu itu saya tak tahu apa nak cakap sebab saya sayang sangat kepada dia. Itu pun terpaksa jugalah saya mengaku yang dia anak angkat," kata beliau.



Meskipun pada awalnya tidak selesa dengan kemahuan Cik Aida mencari keluarga kandungnya, Encik Ismail akhirnya memberi keizinan kepada beliau.



"Pada mulanya, saya tak selesa juga tapi saya fikir-fikir, iya tak iya juga, dia pun nak cari keluarga dia. Saya pun izinkan," kata beliau.



Cik Aida berharap beliau akan ditemukan dengan keluarga kandungnya pada Ramadan ini.



"Saya membesar dalam keluarga yang tidak lengkap, cuma saya dengan bapa saya saja. Saya berharap apabila saya berumah tangga, saya akan dapat membina semula keluarga yang lebih lengkap dan bahagia," kata beliau.



"Walaupun saya bukan anak sebenar ibu bapa angkat saya, mereka menganggap saya seperti anak kandung mereka sendiri. Abah jaga saya sejak saya bayi lagi. Saya tak akan lupakan mereka dan akan sentiasa mendoakan mereka," tegas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >