Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak ASP jadi graduan NS polis terbaik

Muhd Danial Lim dapat Anugerah Statuette dek tekad membahagiakan keluarga
May 29, 2017 | 05:30 AM



BELIAU membesar dengan cerita-cerita bapanya yang berkongsi pengalamannya menjalankan misi di luar negara.



Dari situlah, terputik dalam hati Muhd Danial Lim mahu mengikut jejak langkah ayahnya, sumber inspirasi terbesar dalam kehidupan beliau.



Oleh itu, pemuda berusia 20 tahun itu gembira apabila dikehendaki menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dalam Pasukan Polis Singapura (SPF).



"Sejak kecil saya mahu bekerja dalam perkhidmatan awam. Apabila saya mendapat tahu saya akan menjalani NS dalam SPF, ia satu bonus. Saya mahu membanggakan bapa saya," kata Konstabel Khas Pelatih (TSC) Muhd Danial.



Apakan tidak, bapanya - Penolong Superintenden Polis (ASP) Aldrin Lim Teck Guan - berkhidmat dalam SPF sejak 1992.



Pada 20 Mei lalu, TSC Muhd Danial mencapai hasrat itu - beliau menerima Anugerah Statuette, yang diberi kepada graduan keseluruhan terbaik bagi setiap pengambilan NS.



Namun, anugerah tersebut tidak datang bergolek. Banyak cabaran yang perlu dihadapinya, terutama dengan tanggungjawab yang digalasnya sebagai ketua skuad.



"Bagi saya, cabaran terbesar bukanlah dari segi fizikal tetapi dalam mengurus skuad. Saya dapat lihat pelbagai jenis orang yang berbeza dari segi perwatakan.



"Semasa kami baru masuk, cara pemikiran kami semua berbeza, cara kami lakukan tugas juga berbeza. Jadi itu benar-benar suatu pengalaman yang membuka mata apabila saya perlu menguruskan seluruh skuad," ujar TSC Muhd Danial, yang menambah bahawa beliau antara yang termuda dalam kumpulannya, yang kebanyakannya berusia 22 hingga 24 tahun.



Anak sulung daripada tiga adik-beradik itu, yang bakal melanjutkan pelajaran dalam jurusan politik atau hubungan antarabangsa di sebuah universiti di Belanda, berkata banyak yang dipelajarinya daripada pengalaman NS.



Nasihatnya kepada mereka yang bakal menjalani NS: Selalu bekerja keras, jangan menyimpang daripada matlamat dan selalu berusaha mencapai matlamat.



Ditanya apakah matlamat beliau semasa menjalani NS, TSC Muhd Danial dengan cepat berkata: "Membahagiakan keluarga saya."



Melihat senyuman yang terukir pada wajah ASP Lim di Akademi Home Team 20 Mei lalu ketika anaknya menerima Anugerah Statuette, tidak syak lagi TSC Muhd Danial telah berjaya mencapai matlamatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >