ENCIK Mohd Jeffrey Low membesar dalam persekitaran yang membolehkannya mempelajari dan mendalami budaya Melayu.
Selain rapat dengan jiran Melayu ketika menetap di sebuah kampung di Kim Chuan Road dekat Payar Lebar, beliau yang berketurunan Peranakan Baba juga fasih bertutur dalam bahasa Melayu setelah mengambilnya sebagai bahasa kedua.