Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak beruang panda pertama S’pura Le Le sambut hari lahir kedua

Aug 14, 2023 | 05:40 PM



Anak beruang panda pertama Singapura, Le Le, menyambut hari lahirnya yang kedua pada Isnin dengan makanan dan barangan yang disiapkan oleh penjaganya.

Le Le menerima sebuah kek buluh dan bufet makanan cemilan yang diletak di atas beberapa helai daun pisang dan ais.

Tebu, ubi keledek, anggur dan buah pic adalah antara hidangan yang menjadikan majlis itu lebih manis buatnya walaupun sederhana.

Le Le juga membuka hadiah yang diisi dengan beberapa rebung. Selain itu, ada juga konfeti, jerami dan kayu untuk ia bermain.

Anak beruang panda itu kini seberat 65 kilogram – bertambah daripada 33 kilogram apabila ia menyambut hari lahir pertamanya.

Le Le juga telah mula menunjukkan tanda-tanda berdikari – menjauhi ibunya Jia Jia – semasa ia makan, berehat, dan bermain.

Ini adalah proses semula jadi yang mencerminkan situasi di hutan di mana beruang panda membebaskan dirinya apabila mencapai usia 18 hingga 24 bulan. Mereka mula menunjukkan tanda-tanda selesa bila berseorangan, sambil ibu kandungnya menunjukkan perubahan segi tingkah laku yang akan mengelak diri daripada anak beruangnya.

Beruang panda besar merupakan haiwan yang sering bersendirian, maka ini adalah sebahagian daripada proses membesar spesis tersebut.

Oleh itu, perpisahan sepenuhnya antara Le Le dan Jia Jia dijangka berlaku dalam beberapa bulan akan datang dan proses itu akan dipantau rapi oleh pasukan penjagaan panda, kata Mandai Wildlife Group dalam satu kenyataan pada Isnin.

Apabila perpisahan itu berlaku sepenuhnya, Jia Jia dan Le Le akan berkongsi ruang pameran di Hutan Panda di taman River Wonders Mandai pada masa yang berbeza.

Pengunjung akan dapat melihat Le Le mulai 10 pagi hingga 2 petang dan Jia Jia dari 2 petang hingga 6 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >