PENDUDUK kawasan Woodleigh Glen di Bidadari akan berjiran dengan burung apabila mereka berpindah ke sana kira-kira lima atau enam tahun dari sekarang.
Ini kerana projek Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) itu - yang merupakan sebahagian pelancaran flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang bermula baru-baru ini - terletak bersebelahan sebuah anak bukit yang merupakan perhentian penting bagi burung hijrah di sini.