Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Ibu tunggal cekal berniaga set bento dari rumah besarkan dua anak

Mar 05, 2023 | 05:30 AM



BERGELAR ibu tunggal sejak berusia sekitar 20 tahun, beliau cukup lali mendengar komen atau stereotaip negatif tentang individu sepertinya.



Ada yang mempersoalkan statusnya sebagai ibu tunggal pada usia begitu muda, ada pula yang melemparkan spekulasi tentang faktor yang menyebabkan beliau terpaksa membesarkan anaknya sendirian.



Namun, bak kata pepatah, 'masuk telinga kiri, keluar telinga kanan', Cik Rafidah Kamarudin, 34 tahun, cekal dan tidak membiarkan dirinya terpengaruh dek kata-kata seperti itu.



Beliau sedar, jika 'benteng pertahanannya' lemah, ia akan mengalihkan tumpuan daripada usaha membesarkan dua orang anaknya.



Dengan pegangan prinsip tersebut, Cik Rafidah tabahkan hati untuk mengharungi kehidupan dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan anak-anaknya- yang kini berusia 13 tahun dan 14 tahun - membesar dengan baik.



Ini bemakna beliau perlu menggarap apa sahaja peluang pekerjaan yang ada bagi memastikan sumber pendapatan yang berterusan dan mampan bagi menyara kehidupan beliau dan anak-anak.



Apabila beliau terpaksa berhenti bekerja dalam bidang makanan dan minuman bagi menjaga ibunya yang disahkan menghidap barah sekitar empat tahun lalu, beliau turut hilang sumber pendapatannya.



Sejak itu beliau mula mencari peluang untuk bekerja dari rumah, termasuk menjual sambal yang dibuat oleh temannya.



Namun ini tidak mendatangkan keuntungan yang mencukupi baginya; pernah satu kali beliau hanya diberi $10 selepas berjaya membuat penjualan produk sekitar $150.



Sejak itu, beliau mula berniaga kecil-kecilan dari rumah.



"Memang impian saya adalah untuk memulakan perniagaan makanan sendiri kerana saya minat memasak, sama seperti bapa saya yang dulu mempunyai gerai makanannya sendiri.



"Tambahan lagi, saya juga ingin berada bersama anak-anak saya di rumah, melihat mereka membesar di depan mata saya sendiri, " kata Cik Rafidah.



Mujur beliau telah mendapat bantuan dari badan Her Rise Above, inisiatif yang diterajui sekumpulan golongan sukarelawan bagi memperkasa wanita yang mempunyai isu penjagaan atau kesihatan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk mengendalikan perniagaan sendiri dari rumah.



Dengan bantuan tersebut, Cik Rafidah kini memanfaatkan kemahiran memasaknya dan resipi dari bapanya, yang sebelum ini pernah mengendalikan gerai nasi ayam sendiri.



Beliau telah mempelajari cara terbaik untuk memastikan produknya kelihatan lebih profesional, ini termasuk dengan menggunakan bungkusan yang lebih cantik, mempromosikannya di media sosial dan menguruskan tempahan dan juga penghantaran.



Cik Rafidah kini menjual sekitar 40 set bento makanan setiap minggu, yang biasanya akan dihantar ke tempat kerja, melalui Kam's Kitchen (@kam_skitchen). Antara sajian yang ditawarnya termasuk ayam masak merah, roti jala dan kari ayam.



Pada masa yang sama, beliau juga kini bekerja di sebuah kantin sekolah dan perlu mengatur masa dengan baik supaya tidak terlepas peluang tempahan.



Meskipun akui menghadapi cabaran termasuk saingan hebat dari perniagaan dari rumah (HBB), Cik Rafidah berkata pengalaman hidupnya sejauh ini seolah mempersiapkan diri supaya bersedia menghadapi apa jua cabaran.



"Bagi saya ringkas je, saya akan 'go with the flow' dengan tumpuan khas kepada membesarkan anak-anak saya dengan baik, berusaha sedaya upaya memenuhi keperluan mereka.



"Mereka sumber motivasi saya untuk terus maju ke hadapan, tidak kira apa halangan yang melintang."




ANAK JADI MOTIVASI TERUS MAJU 



"Bagi saya ringkas je, saya akan 'go with the flow' dengan tumpuan khas kepada membesarkan anak-anak saya dengan baik, berusaha sedaya upaya memenuhi keperluan mereka.

Mereka sumber motivasi saya untuk terus maju ke hadapan, tidak kira apa halangan yang melintang."

- Cik Rafidah Kamarudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >