Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak Mas Selamat dikenakan perintah tahanan dua tahun

Jan 09, 2014 | 06:20 PM



ANAK pemimpin Jemaah Islamiah (JI), Mas Selamat Kastari, telah dikenakan perintah tahanan dua tahun tahun, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (MHA).


Masyadi Mas Selamat, 25 tahun, diletakkan di bawah perintah tahanan dua tahun pada 21 November tahun lalu, selepas dia diberkas di Indonesia pada 20 Oktober 2013.


Anak sulung Mas Selamat itu telah dihantar pulang ke Singapura pada 30 Oktober tahun lalu.


Memberikan perkembangan berkenaan kes berkaitan pengganasan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, MHA dalam kenyataannya hari ini berkata, perintah tahanan (RO) dikenakan ke atas tiga anggota JI warga Singapura, sementara perintah serupa tidak lagi dikenakan ke atas enam anggota lain JI, yang telah memberi respons yang baik terhadap usaha-usaha pemulihan.


"Masyadi menerima pendidikan di sekolah agama (kendalian) JI di Indonesia dari usia 13 tahun di mana dia diserapkan dengan ajaran radikal JI, dan telah menjalani latihan separa tentera setelah dewasa," menurut kenyataan itu lagi.


"Dia juga, antara lain telah melakukan kegiatan pemantauan dan menyebarkan propaganda JI menerusi dalam talian dan menyokong pengganasan jihad."


Seseorang yang dikenakan RO tidak dibenarkan berpindah, pergi ke luar negara, atau mencetak, menyebarkan atau mengagihkan sebarang terbitan - tanpa mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >