Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak raih lebih banyak manfaat jika kedua ibu bapa ada

Nov 14, 2023 | 05:30 AM



Saya dibesarkan dalam isi rumah ibu tunggal. Ayah saya meninggal dunia akibat barah paru-paru ketika saya berusia tujuh tahun.

Ibu saya membesarkan saya dan adik saya secara seorang diri, malah beliau juga menjaga nenek saya yang mengalami demensia, sehingga nenek saya meninggal dunia.

Semasa saya masih kecil, saya akan rasa iri hati terhadap kanak-kanak yang ada kededua ibu bapa mereka.

Bagi saya, keluarga yang mempunyai kededua ibu bapa kelihatan lebih bahagia, lebih kaya dan lebih lengkap.

Lama setelah saya mengatasi kehibaan di atas kehilangan ayah saya, saya bersedih pula tentang kenangan kehidupan saya: percutian keluarga dan keselamatan yang dirasai dengan kehadiran kedua ibu bapa dalam kehidupan saya.

Ini membuat saya tertarik kepada buku The Two-Parent Privilege oleh pengarang terkenal Amerika Syarikat, Melissa Kearney.


Profesor ekonomi di Universiti Maryland itu telah mengkaji struktur keluarga, kemiskinan dan ketidakadilan keluarga Amerika Syarikat selama 20 tahun yang lalu.

Dalam bukunya, Prof Kearney “memberikan perhatian kepada peranan perkahwinan antara ibu bapa dan faedah yang diraih kanak-kanak – bukan sebagai institusi agama atau budaya tetapi sebagai institusi praktikal dan ekonomi yang menjadikan tugas mencabar membesarkan kanak-kanak menjadi lebih mudah”.

Beliau berkata bahawa pada 2019, hampir separuh daripada bayi di Amerika Syarikat dilahirkan oleh ibu yang belum berkahwin, berbanding pada 1960, dengan kadarnya yang hanya kurang daripada 5 peratus.

Tidak menghairankan bahawa terdapat penurunan hampir 20 peratus dalam bilangan kanak-kanak di Amerika Syarikat yang tinggal bersama ibu bapa yang sudah berkahwin antara 1980 dan 2019.

Data kajian beliau menunjukkan bahawa penurunan besar dalam perkahwinan berlaku terutamanya dalam kalangan ibu yang tidak mempunyai pendidikan peringkat universiti.

Para ibu dipilih untuk dikaji kerana kebanyakan kanak-kanak yang tinggal di isi rumah ibu bapa tunggal dibesarkan oleh seorang ibu.

Untuk menekankan kesimpulan tentang kepentingan perkahwinan, Prof Kearney dapat mengecualikan hidup bersekedudukan, penceraian dan kehamilan remaja sebagai sebab utama penurunan mendesak dalam perkahwinan.

Faedah perkahwinan bagi anak-anak

Dalam bukunya, beliau secara kuantitatif menunjukkan bahawa anak-anak dalam isi rumah yang ada kedua ibu bapa berprestasi lebih baik dari segi hasil pendidikan, keselamatan kewangan dan jauh daripada terjebak dalam jenayah semasa mereka membesar.

Prof Kearney percaya bahawa prestasi yang lebih baik dapat dicapai kerana perkahwinan menggabungkan sumber-sumber yang lebih banyak dibandingkan dengan sumber daripada hanya ibu bapa tunggal.

Sumber yang dimaksudkan termasuk perbelanjaan untuk menambah nilai pendidikan, bimbingan ibu bapa dan perhatian yang diberikan ibu bapa kepada kanak-kanak.

Beliau percaya bahawa satu lagi sebab kanak-kanak yang dibesarkan dalam isi rumah kededua ibu bapa berprestasi lebih baik adalah ia membolehkan ibu bapa memberikan tumpuan kepada peranan mereka.

Sama seperti bagaimana pengkhususan tugas dalam kilang yang dapat menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi, beliau percaya bahawa dalam perkahwinan, ibu bapa boleh mengkhususkan diri mereka kepada peranan ibu bapa yang lebih sesuai untuk mereka.

Ini akan mendatangkan hasil yang lebih baik untuk anak-anak mereka.

Yang menariknya adalah Prof Kearney tidak mendapati kadar penurunan yang sama dalam perkahwinan dalam kalangan keluarga Asia.

Sebagai sebuah negara Asia, Singapura mengalami sedikit penurunan dalam kadar perkahwinan selama ini, tetapi tidak seteruk penurunan yang diterangkan dalam bukunya.

Menurut laporan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mengenai keluarga dan isi rumah yang dikeluarkan pada 2022, terdapat sekitar 30,000 isi rumah ibu bapa tunggal yang mempunyai anak berusia 20 tahun ke bawah.

Secara keseluruhan, hanya sekitar dua daripada 100 isi rumah di Singapura tidak mempunyai hak istimewa kedua ibu bapa, jauh lebih rendah daripada di Amerika Syarikat.

Ini mungkin disebabkan oleh dasar pemerintah yang prokeluarga yang telah berkuatkuasa selama bertahun-tahun.

Penasihat Kanan MSF, Cik Charlotte Beck, menyatakan kepada media bahawa Singapura akan terus “mengekalkan insentif prokeluarga untuk menggalakkan perkahwinan dan keibubapaan dalam perkahwinan yang selaras dengan nilai-nilai masyarakat.”

Bantuan untuk keluarga ibu bapa tunggal

Pada masa yang sama, saya gembira melihat usaha yang disediakan oleh organisasi seperti Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware) dan Anggota Parlimen (AP), Encik Louis Ng Kok Kwang dalam membantu isi rumah yang mempunyai ibu bapa tunggal yang mudah terjejas.

Pada 2018, MSF berkongsi bahawa pendapatan median ibu bapa tunggal yang belum berkahwin di bawah umur 35 tahun adalah antara $600 dan $700 dari 2015 hingga 2017.

Memandangkan pendapatan isi rumah median negara ini ialah $10,099 berdasarkan Banci Penduduk Singapura 2020, nampaknya keluarga ibu bapa tunggal memerlukan sokongan yang ketara untuk membeli keperluan seperti perumahan, penjagaan anak dan pendidikan.

Prof Kearney juga merupakan penyokong dalam meningkatkan sokongan orang awam kepada keluarga berpendapatan rendah dan kurang sumber, agar dapat membantu dalam merapatkan jurang antara kanak-kanak di Singapura.

Beliau percaya bahawa sokongan yang diberikan harus melangkaui apa yang sedia ditawarkan oleh sistem sekolah- sekolah, kerana tugas yang dilakukan di sekolah cukup kompleks, tanpa bergantung kepada guru untuk mengambil alih peranan ibu bapa di rumah.

Saya juga menyokong sepenuh hati dalam memberikan sokongan sebanyak mungkin kepada isi rumah yang mempunyai ibu bapa tunggal.

Keluarga sebegini sudah pun kekurangan ibu bapa di rumah, justeru, apa sahaja yang boleh dilakukan untuk membantu mereka harus dilakukan.

Walaupun ada yang mencadangkan bahawa perlunya membuat keputusan sama ada untuk menyokong isi rumah ibu bapa tunggal ataupun isi rumah yang mempunyai kedua ibu bapa, perbincangannya sepatutnya bukan untuk memilih satu pihak.

Saya percaya bahawa sokongan untuk kededua jenis keluarga adalah penting dan perlu.

Walaupun ibu bapa tunggal memerlukan lebih banyak sokongan, ini tidak bermakna pemerintah harus melonggarkan insentif dan dasar prokeluarga.

Tumpuan sokongan harus diberikan untuk menyediakan anak-anak dengan permulaan yang terbaik dalam kehidupan, tidak kira struktur keluarga mereka.

Agar jelas, saya tidak menentang kebebasan kewangan wanita, dan individu yang meninggalkan pasangan mereka yang bermasalah.

Namun, ia menyedihkan jikalau Singapura terikut trend Amerika Syarikat, dari segi putus perkahwinan dan mempunyai anak, dengan rekod bilangan anak yang dibesarkan dalam isi rumah ibu bapa tunggal.

Saya kekal berkahwin kerana saya sayangkan isteri dan anak-anak saya.

Namun, saya juga ingin memberikan anak-anak saya permulaan yang terbaik dalam hidup mereka dengan memberikan mereka hak keistimewaan mempunyai kedua ibu bapa, sesuatu yang saya tidak miliki.

Nota: Encik Abel Ang merupakan ketua eksekutif sebuah syarikat teknologi perubatan dan profesor adjung di Nanyang Business School, Universiti Teknologi Nanyang (NTU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >