Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anda guna telefon bimbit 2G? Tukar sebelum April 2017

Jun 15, 2015 | 03:15 PM



PELANGGAN M1, Singtel dan Starhub yang menggunakan khidmat rangkaian 2G mempunyai dua tahun lagi untuk menukar telefon bimbit mereka kepada 3G atau 4G.


Ini kerana tiga syarikat telekomunikasi itu akan menghentikan khidmat tersebut di Singapura bermula 1 April 2017.


Perkhidmatan ini merujuk kepada perkhidmatan panggilan telefon, pesanan dan data yang menggunakan rangkaian 2G.


Ini diumumkan dalam satu kenyataan bersama M1, Singtel dan Starhub hari ini, Isnin.


"Rangkaian mudah alih telah berubah sejak khidmat 2G dilancarkan pada 1994, dan rangkaian mudah alih 3G dan 4G moden yang luas di Singapura telah membolehkan ramai memiliki telefon bijak, serta penggunaannya yang tinggi," menurut kenyataan itu.


Mereka yang sudah pun menggunakan alat 3G dan 4G tidak akan terjejas.


Namun, mereka boleh menjangkakan khidmat dan akses lebih pantas bagi rangkaian 3G dan 4G.


Tiga syarikat itu berkata spektrum yang kini digunakan untuk 2G akan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan 3G dan 4G yang lebih maju dan pantas.


Ini bagi memenuhi keperluan yang meningkat bagi data mudah alih dan kelajuan akses lebih cepat.


Dalam beberapa tahun ini, pengendali khidmat mudah alih telah mengadakan program mendampingi pelanggan untuk menggalak pengguna berpindah kepada rangkaian lebih baru.


Hari ini, kebanyakan pelanggan menggunakan rangkaian 3G dan 4G, dan hanya segelintir pelanggan yang mempunyai alat mudah alih menggunakan rangkaian 2G sahaja.


Tiga syarikat itu berkata mereka akan terus mendampingi pengguna 2G terjejas menerusi pelbagai wadah, termasuk khidmat pesanan ringkas, panggilan dan risalah di kedai, menjelang penutupan rangkaian 2G.


Pengguna boleh membeli pelbagai alat mudah alih 3G dan 4G yang mempunyai harga berbeza.


Pengguna 2G hanya perlu memasukkan kad SIM mereka dalam alat 3G atau 4G untuk menggunakan khidmat 3G dan 4G.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >