Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Andalus dakapi dunia digital

Harap dapat tebar khidmat e-pendidikan ke peringkat global
Mar 11, 2016 | 11:40 AM



SEMUA bahan termasuk buku teks dan bahan penilaian sudah pun dihasilkan dalam bentuk digital atau e-buku.

Bukan itu sahaja, e-pendidikan, e-talian, dan e-portal juga telah dilancarkan.



“Kami lakukan ini semua kerana kami merasakan bahawa masyarakat sudah terbiasa dan amat mesra dengan teknologi terkini dari aspek sofwe dan hadware.”



Demikian keyakinan yang dilahirkan Pengarah Divisyen Pengurusan Andalus, Encik Abdullah Othman, dalam beliau melakar arah tuju institusi pendidikan Islam Andalus, Cordova dan Zuhri menuju ke arah alam pendidikan digital.



Bahkan, Encik Abdullah berkata sejak lima tahun kebelakangan ini, Andalus telah pun melancarkan pelbagai bahan dan kaedah pengajian yang berteraskan teknologi digital di alam siber.



Ini akan diteruskan, malah pihaknya akan terus meneroka dan menebar luas khidmat mereka secara digital kepada masyarakat serantau dan global.



Antara bahan-bahan digital Andalus yang telah dilancarkan hingga kini termasuk e-buku dari tahap prasekolah hingga menengah empat, portal pendidikan di mana nota pengajian dan keputusan peperiksaan boleh didapatkan, dan e-pendidikan dan e-talian.



Kini seramai 8,000 pelajar Andalus dan Cordova sudahpun menggunakan wadah e-pendidikan manakala bahan-bahan e-buku dimanfaatkan oleh asatizah Andalus dan Cordova sebagai bahan tambahan bagi mengajar sekitar 15,000 pelajar.



Institusi itu juga kini sedang meneroka secara aktif aspek-aspek perniagaan dalam talian e-commerce, francais dan perlesenen demi menawar khidmat lebih meluas khusus untuk masyarakat Muslim di Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Eropah.



Menurut Encik Abdullah, keputusan untuk berkembang ke pasaran luar negara berlandaskan kerelevanan bahan-bahan pendidikan Andalus.



“Kami ingin menyediakan perkhidmatan untuk masyarakat minoriti Muslim di Australia, UK, Amerika Syarikat dan sebagainya kerana pengalaman-kemahiran ehwal pendidikan Islam di Singapura agak relevan dan boleh disesuaikan untuk masyarakat minoriti global.



“Sebahagian bahan kami juga terdapat dalam beberapa bahasa, seperti Melayu, Arab, Cina, Tamil dan Perancis,” katanya.

Beliau juga akui pentingnya bersifat peka dan responsif kepada teknologi dan trend terkini agar dapat terus bersifat fokus dan mesra pelanggan. 



“Wadah tradisional dan digital perlu dioptimumkan dengan kadar yang munasabah dan berhikmah.

“Bagi bahan-bahan digital, pelanggan akan mendapat pengalaman yang berbeza dari segi aspek penglihatan, pendengaran, pemikiran, pentafsiran dan komunikasi di tahap yang kreatif, inovatif dan merangsang,” kata beliau. 



Namun begitu, Andalus dan badan-badan kerabatnya akan terus memastikan maslahat pelanggan yang mesra di platform tradisional terus terjamin dan terjaga.



Andalus merupakan rakan pengiklan BeritaHarian.sg sempena pelancaran semula wajah baru laman akhbar tersebut. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >