Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Andalus rakan pengiklan laman baru BH.sg

Mar 09, 2016 | 05:30 AM



INSTITUSI pendidikan Islam Andalus, Cordova dan Zuhri bersetuju menjadi rakan pengiklan laman web Berita Harian, BeritaHarian.sg, sempena pelancaran semula laman tersebut esok.



Penyertaan Andalus bagi sama-sama menjayakan wajah baru BH.sg memberi ketiga-tiga institusi itu peluang keemasan dalam mendekati waris dan pelajar serta menebar luas maklumat dan khidmat yang ditawarkan mereka secara digital seperti e-pendidikan, e-buku, e-portal dan e-pengajian.



Pengarah Divisyen Pengurusan Andalus, Encik Abdullah Othman, berkata langkah itu bertujuan memenuhi trend semasa, keinginan serta keperluan masyarakat sekarang.



"Kami memutuskan mahu memanfaatkan wadah ini kerana ramai waris serta pelajar yang mesra ruang siber dan menggunakannya sebagai wadah komunikasi dan interaksi secara digital.



"Wadah ini juga dapat membuka peluang kami menebar luas maklumat dan khidmat kami untuk pembaca serantau dan global," katanya.



Menurut Encik Abdullah lagi, Andalus dan institusi kerabat telah membina hubungan yang amat baik dengan Berita Harian selama lebih 15 tahun.



"Kami ingin melanjutkan kerjasama dari segi idea, pemikiran, maklumat serta iklan berkaitan pendidikan Islam dengan wadah digital Berita Harian, selain melalui wadah cetak.



"Hubungan baik ini demi kebaikan bersama terutama untuk masyarakat dan negara," tambahnya.



Mulai esok, pengunjung laman web BeritaHarian.sg boleh menjangkakan wajah barunya yang lebih kemas dan menarik.



Wajah baru itu dilancarkan sempena sambutan ulang tahun BH.sg yang kedua.



Pembaharuan reka hias laman itu lebih mesra pengguna dengan kandungannya diatur begitu rupa supaya ia mudah dilungsuri dan dibaca.



Laman baru itu juga responsif kepada saiz skrin digital pembaca seperti skrin telefon bijak, tablet dan komputer.



Ruangan baru seperti ruangan Berita Pengiklan dan ruangan Eksklusif turut diperkenal.



Pembaca juga mudah mendapatkan maklumat tentang jadual waktu solat, tarikh Hijrah dan keadaan cuaca Singapura.



Maklumat tentang naik turun pasaran saham Singapura menerusi Indeks Straits Times (STI) turut disediakan.



Pembaca yang ingin melanggani pakej 'Semua Dalam Satu Berita Harian' pada harga $18.99 sebulan boleh menghubungi talian 6388-3838 atau dengan melungsuri laman www.sphsubscription.com.sg.



Menerusi pakej itu, selain menerima akhbar cetak, pembaca boleh membaca kandungan akhbar ini melalui empat wadah digital termasuk laman web dan aplikasi bergerak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >