Yayasan Mendaki bergabung dengan beberapa rakan kerja, seperti Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) dan SkillsFuture Singapore, untuk menganjurkan Pesta Pembelajaran tahunannya di Our Tampines Hub Sabtu ini. ADLI YASHIR KUCHIT (adli@sph.com.sg) dan IRMA KAMARUDDIN (irmak@sph.com.sg) meninjau pelbagai kegiatan yang bakal diadakan pada acara sehari itu.
PESTA Pembelajaran anjuran Yayasan Mendaki bakal menampilkan empat astaka pembelajaran dan 50 gerai dan ruang pembelajaran dengan kegiatan bagi seisi keluarga.