PADA 9 November nanti, srikandi seni mempertahankan diri campuran (MMA), Angela Lee, berazam untuk menjadi wanita pertama mencatat kemenangan dalam dua kategori berbeza dalam sejarah One Championship.
Tidak berpuas hati hanya sekadar mempertahankan kejuaraan kelas 'atom' (52 kilogram), Lee, 22 tahun mengumumkan beliau juga mahu merebut kejuaraan kelas 'strawweight' (57kg) di acara 'One: Heart of the Lion' di Stadium Tertutup Singapura, lapor akhbar The Straits Times semalam.