Anggota IRO sumbang $100,000 kepada mangsa gempa Nepal

NUR ADILAH MAHBOB

SEBUAH institusi yang menganggotai Majlis Pertubuhan Antara Agama (IRO) membuat sumbangan $100,000 untuk mangsa gempa bumi Nepal atas nama keharmonian agama di sini.

Penyerahan cek wang itu diadakan semasa kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, ke pejabat IRO di Palmer Road tadi.

Imam Masjid Ba'alwie, Habib Hassan Al-Attas, juga anggota majlis IRO, mewakili penderma itu untuk menyerahkan cek tersebut kepada Encik Tharman yang menerimanya bagi pihak IRO.

IRO berkata ia akan turut bekerjasama dengan Yayasan Warga Korporat (CCF) untuk menyokong operasi menyelamat dan memberi bantuan di Nepal.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.