Anggota Kabinet angkat sumpah

Seramai 31 daripada 37 anggota Kabinet baru mengangkat sumpah dalam satu upacara di Istana sebentar tadi.

Mereka, terdiri daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penyelaras, para Menteri, Menteri Negara Kanan dan Menteri Negara, mengangkat sumpah di hadapan Presiden Tony Tan Keng Yam.

Baki anggota Kabinet akan mengangkat sumpah di tarikh lebih lewat.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengongsi matlamat utamanya dalam membentuk Kabinet kali ini ialah bagi memastikan Singapura mempunyai pemerintah yang paling berkesan.

"Saya juga mahu mempersiapkan pasukan seterusnya untuk mengambil alih tugas saya dan rakan-rakan pemimpin kanan saya.

"Itulah sebabnya saya telah memperkukuhkan pasukan saya dengan menaikkan pangkat dan melantik beberapa anggota baru termasuk penyandang jawatan Melayu," kata Encik Lee.

Sekitar 700 tetamu daripada setiap latar belakang hadir di upacara yang bermula 7.30 malam tadi termasuk wakil akar umbi, pendidik, dan pelajar.

Speaker Parlimen wanita pertana Singapura, Cik Halimah Yacob, dan mantan Menteri Pengangkutan, Encik Lui Tuck Yew, serta Anggota Parlimen dari parti pembangkang, Parti Pekerja, Encik Low Thia Khiang dan Cik Sylvia Lim turut hadir.

Waktu Solat

Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.