Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota NS dipenjara 3 bulan kerana mencuri

Jan 15, 2018 | 05:30 AM



SEORANG anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) menggunakan kunci milik seorang penyewa bilik di flat ibunya untuk memasukinya dan mengambil $2,505 daripada dompet yang diletakkan di bawah bantal.



Jumaat lalu, Maximilian Tan Jun Xiang, 23 tahun, dipenjara tiga bulan kerana perbuatan mencuri itu.



Tan mengaku mencuri $1,000 dan AS$1,100 ($1,504) dari guru tadika Cik Gui Ziyue, yang berasal dari China.



Cik Gui, 24 tahun, antara penyewa bilik di flat milik ibu Tan di Choa Chu Kang Avenue 3.



Siasatan menunjukkan bahawa Tan mengambil kunci yang ditinggalkan di mangga pagar oleh Cik Gui pada 14 Disember 2016.



Tan menggunakan kunci itu untuk memasuki bilik itu dengan niat mencuri wang.



Sebelum berbuat demikian, Tan mematikan kamera litar tertutup (CCTV) di dalam flat sebelum memasuki bilik tersebut.



Selepas mengeluarkan wang daripada dompet itu, Tan meletakkan dompet itu semula di bawah bantal.



Tan kemudian pergi ke Bugis Street untuk menukar AS$1,000 kepada mata wang Singapura di sebuah pengurup wang.



Dia memasukkan $1,750 ke dalam akaun bank. Tiada wang itu, yang dibelanjakannya sendiri, berjaya diperolehi semula.



Cik Gui sedar duitnya hilang pda 16 Disember dan membuat laporan polis selang dua hari.



Tan, yang pernah dihukum menjalani latihan pemulihan kerana kesalahan mencuri, boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >