Anggota NS terkorban selepas koma akibat nahas jalan raya

BEKAS pelajar Maktab Rendah Meridian (MJC), Encik Mustaqim Mohamed, 18 tahun, yang koma menyusuli nahas kemalangan jalan raya yang berlaku sekitar 3.30 petang di Loyang Way menghala ke Loyang Avenue itu, telah meninggal dunia, sekitar 3 petang tadi.

Hal ini diumumkan seorang rakan Allahyarham Mustaqim, yang menggunakan nama 'Puspawangi Siti Nurliyana Samaat' yang menyatakan:

"Sesiapa yang mengenali Mustaqim Mohamed, beliau telah meninggal dunia... Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan Allah memberi kita kekuatan..."

Allahyarham Mustaqim sepatutnya mengambil keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'A' yang didudukinya tahun lalu pada Isnin ini.

Beliau yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sebagai penolong sokongan pentadbiran itu bertarung nyawa di Hospital Besar Changi (CGH).

Akibat kemalangan Selasa lalu, sebahagian tengkorak Mustaqim retak dan terdapat darah beku pada otaknya. Bahu dan tulang pinggangnya pula patah.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 23
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.