Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota polis trafik maut dalam nahas

Jun 02, 2017 | 05:30 AM



SEORANG pegawai polis trafik gugur akibat satu nahas jalan raya semasa bertugas semalam.



Staf Sarjan Nadzrie Matin, 29 tahun, terlibat dalam kemalangan di Serangoon Road semasa menjalankan tugas rondaan lalu lintas sekitar 10.40 pagi semalam.



Menurut polis, beliau dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) namun meninggal dunia di hospital itu akibat kecederaan yang dialaminya.



Allahyarham Nadzrie, yang difahamkan sudah berumahtangga, menyertai Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 2009 dan ditugaskan di Polis Trafik.



Pesuruhjaya Polis Hoong Wee Teck melahirkan ucap takziah yang mendalam kepada keluarga Allahyarham.



"Saya amat sedih atas pemergian mengejut Staf Sarjan Nadzrie. Beliau seorang pegawai yang berdedikasi dan disenangi.



"Kami akan melakukan segala yang boleh untuk membantu keluarganya pada saat yang sukar ini," katanya.



Polis juga meminta orang ramai agar tidak menyebarkan video atau gambar Allahyarham bagi menghormati keluarganya.



Dalam pada itu, pemandu van berusia 52 tahun yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah ditangkap atas perbuatan cuai sehingga menyebabkan kematian.



Siasatan sedang dijalankan, kata polis.



Menurut seorang teman rapat Allahyarham yang pernah berkhidmat bersamanya di Pusat Polis Kejiranan (NPC) Woodlands antara 2009 dengan 2013, Encik Wandi Kamsani, 31 tahun, Allahyarham seorang yang sentiasa prihatin tentang keselamatan rakan kerjanya.



"Saya ingat lagi setiap kali beliau keluar meronda dengan kereta rondaan, beliau sentiasa mengingatkan rakan kerjanya untuk memakai tali pinggang keledar," kata Encik Wandi yang kini bekerja di sebuah syarikat logistik.



Elak sebar gambar ngeri mangsa kemalangan...




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >