Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota polis trafik meninggal dunia akibat kemalangan

Jun 01, 2017 | 02:59 PM



SEORANG anggota polis trafik yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa melakukan rondaan lalu lintas telah meninggal dunia pagi tadi.



Staf Sarjan Nadzrie Matin, 29 tahun, mengalami kemalangan kira-kira 10.40 pagi di Serangoon Road.



Beliau yang dilaporkan telah berumahtangga dan mempunyai anak, telah dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng, namun meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialaminya.



Allahyarham Nadzrie telah menyertai Pasukan Polis Singapura pada 2009 dan ditugaskan di Polis Trafik selepas beliau selesai menjalani latihan.



Pesuruhjaya Polis Hoong Wee Teck melahirkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga arwah.



"Saya amat sedih atas pemergian mengejur Staf Sarjan Nadzrie. Beliau seorang pegawai yang berdedikasi dan disenangi.



"Kami akan melakukan segala yang boleh untuk membantu keluarganya di saat sukar ini."



Polis merayu kepada orang ramai agar tidak menyebarkan video atau gambar arwah, sebagai menghormati keluarga Allahyarham.



Awal pagi tadi, rakaman video dan gambar tersebar di media sosial yang memaparkan sebuah motorsikal polis trafik berada di kawasan berumput, dan seorang lelaki berpakaian seragam terbaring berdekatannya.



Pasukan paramedik melakukan usaha menyelamat ke atas mangsa.



Pemandu van berusia 52 tahun yang terlibat dalam kemalangan itu telah diberkas kerana cuai memandu hingga menyebabkan kematian.



Siasatan sedang dijalankan, kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >