Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota SCDF mati selepas ditemui tidak sedarkan diri di bawah telaga pam Balai Bomba Tuas View

May 14, 2018 | 02:03 PM



SEORANG anggota perkhidmatan negara sepenuh masa SCDF dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian bawah telaga pam (pump well) sebuah balai bomba.



Koperal (CPL) Kok Yuen Chin, daripada Balai Bomba Tuas View, dijumpai dalam keadaan sedemikian sekitar 9.20 malam pada 13 Mei lalu, kata SCDF dalam satu kenyataan.



"CPL Kok sedang meraikan ORD (Tamat Tempoh Perkhidmatan) yang akan datang bersama anggota skuad lain, dan satu daripada aktiviti memerlukannya memasuki telaga pam itu," kata SCDF.



Telaga pam ialah sebuah takungan air yang digunakan para pegawai balai bomba untuk latihan dan menguji pam kereta bomba



Apabila CPL Kok tidak kembali muncul, beberapa pegawai SCDF melompat ke dalam telaga pam itu untuk mencarinya, tetapi mereka tidak berhasil. CPL Kok akhirnya dapat dikeluarkan daripada pam itu selepas air disalir (drained).



Polis sedang menyiasat apa yang telah berlaku termasuk bagaimana CPL Kok jatuh ke dalam telaga pam dan sama ada sesiapa yang bertanggungjawab melakukan jenayah, tambah SCDF.



Berdasarkan siasatan awal, dua pegawai tetap SCDF telah ditangkap hari ini, katanya.



Satu Jawatankuasa Inkuiri juga akan diadakan untuk menyiasat kes tersebut dan perincian sepenuhnya akan didedahkan kepada masyarakat awam dalam masa terdekat.



SCDF berkata ia sedih menyusuli kematian ini dan sedang menawarkan kesemua bantuan yang diperlukan kepada keluarga semasa waktu sukar ini.



Berdasarkan siasatan awal, ia menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku ekoran aktiviti yang dilarang SCDF, kata kenyataan itu lagi.



Denda teruk dan tindakan pencegahan telah dilaksanakan sebelum ini terhadap pegawai yang melakukan aktiviti yang tidak dibenarkan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >