SEORANG anggota Parti Rakyat Singapura (SPP), Encik Ravi Philemon, telah membuat aduan kepada Pendaftar Persatuan selepas badan kebajikan Swami membenarkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) menggunakan bangunannya di Sembawang memperkenalkan calon Jumaat lalu.
Encik Philemon, yang bekerja dengan sebuah pertubuhan kebajikan, memerhatikan perlembagaan Swami menetapkan bahawa badan itu tidak harus melibatkan diri dalam kegiatan politik atau dana dan tempatnya digunakan bagi tujuan politik.